cara jimat aircond rumah

Aircond boleh dikatakan antara peralatan elektrik yang memang wajib ada di setiap rumah disebabkan cuaca Malaysia yang panas. Namun, terkadang aircond menjadi penyebab bil elektrik melambung tinggi.

 

Dalam artikel ini, kami kongsikan 11 cara jimat aircond yang proven berdasarkan pengalaman kami selama 10 tahun mengendalikan pelbagai jenis aircond.

 

Baca : 5 Sebab Kenapa Aircond Rumah Tak Sejuk (TERKINI)

 

“Kami kongsikan 11 cara jimat aircond rumah yang sebenar dari technician aircond yang berpengalaman lebih 10 tahun servis aircond di Malaysia dan Singapura.”

 

Cara Jimat Aircond Rumah Yang Proven

bil-elektrik

 

1. Beli Aircond Yang Ada Energy Efficient

Anda pernah lihat pelekat ‘Energy Star Rating’ ketika anda survey aircond atau peralatan elektrik yang lain? Pelekat ini penting supaya anda boleh memilih aircond yang menjimatkan bil elektrik anda.

energy-efficient

Maksima bintang pada pelekat ini adalah 6 bintang dan yang paling minima adalah 2 bintang. Semakin tinggi bintang, semakin cekap aircond anda menyejukkan ruangan tanpa menaikkan bil elektrik.

 

2. Pasang Aircond Dengan Pakar Aircond Yang Sah

pakar-aircond

 

Anda perlu buat pemilihan yang bijak untuk memanggil pakar aircond membuat pemasangan di rumah anda. Pastikan pakar aircond tersebut mempunyai pengalaman dan ada kelayakan yang sah.

Kesilapan semasa pemasangan boleh menyebabkan anda mengalami kerugian akibat bil elektrik yang tinggi dan terpaksa memanggil technician berkali-kali untuk membaiki masalah tersebut.

 

3. Pakai Aircond Rumah Jenis Inverter

Anda guna aircond rumah lebih 6 jam sehari? Jika ya, maka anda kena pilih aircond jenis inverter. Aircond inverter akan menjimatkan bil elektrik rumah anda sehingga 30% berbanding aircond non-inverter.

Hal ini kerana, aircond yang menggunakan sistem inverter menggunakan kelajuan boleh laras untuk mengawal kelajuan motor compressor. 

Teknologi yang digunakan oleh sistem ini mampu mengurangkan suhu panas tanpa menggunakan tenaga elektrik yang terlalu kuat.

inverter-non-inverter

4. Aircond Dengan HP Sesuai Keluasan Bilik

HP adalah horsepower. Semakin tinggi hp, semakin cepat ruangan anda sejuk. Pastikan hp aircond yang anda pilih bersesuaian dengan keluasan bilik anda. 

 

Sebelum pilih jenis atau jenama aircond, anda kena tahu berapa hp yang diperlukan oleh bilik anda.

 

Aircond 1hp

Aircond 1hp adalah yang paling popular dan sesuai untuk ruangan yang kecil dan sederhana. Aircond 1hp tidak mengeluarkan bunyi yang kuat dan lebih murah. 

 

Aircond 1.5hp

Jika anda ada bajet yang lebih, anda boleh pertimbangkan untuk ambil aircond 1.5hp. Bilik anda akan lebih cepat sejuk dan aircond tak perlu bekerja keras untuk menyejukkan kawasan bilik anda.

 

Aircond 2.0hp

Aircond 2hp sesuai digunakan di ruangan yang lebih besar kerana keupayaannya untuk menyejukkan ruangan lebih cepat dan efisien. Kelajuan kipas aircond 2hp ini lebih tinggi sehingga menghasilkan bunyi yang sedikit bising.

 

Aircond 2hp ini mampu bertahan sehingga 10 tahun atau lebih tetapi bergantung juga kepada cara penjagaan anda.

 

5. Cuci Filter Aircond Sebulan Sekali

cuci-filter

Pastikan anda mencuci filter aircond sebulan sekali supaya rumah anda kekal sejuk dan bil elektrik rumah anda tak tinggi.

Jangka hayat aircond rumah anda juga akan lebih panjang disebabkan aircond anda mampu berfungsi dengan cekap tanpa halangan daripada debu dan kotoran.

6. Tetapkan Suhu Aircond 25°C

Pastikan anda tetapkan suhu aircond rumah anda pada 25°C supaya aircond rumah anda tak terbeban. Anda dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sekaligus menjimatkan bil elektrik rumah anda apabila anda mengamalkan tips ini.

suhu-aircond

7. Tutup Pintu Bilik Bila Buka Aircond

Jangan biarkan pintu bilik anda terbuka bila anda on aircond rumah. Bila pintu terbuka, udara sejuk akan keluar dan ini akan menyebabkan bilik anda jadi kurang sejuk. Aircond perlu bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang anda tetapkan. 

 

Jadi, pastikan pintu bilik sentiasa ditutup bagi mengurangkan penggunaan tenaga aircond sekaligus menjimatkan wang anda untuk membayar bil elektrik.

 

8. Set Timer Bila Bilik Dah Sejuk (1 Jam)

Bila anda set timer selama 1 jam selepas bilik mencapai suhu yang anda inginkan, ini dapat mengelakkan penggunaan aircond yang berterusan dan menjimatkan bil elektrik. 

 

Dalam masa yang sama, sekiranya anda keluar rumah tanpa mematikan suis aircond, sekurangnya anda tidak membazir bil elektrik disebabkan anda dah set timer aircond selama 1 jam ini.

 

9. Jangan Guna Aircond Secondhand

Penggunaan aircond secondhand mungkin nampak lebih menjimatkan kos tetapi untuk jangka masa panjang, anda mungkin terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk kos-kos membaikpulih atau penyelenggaraan.

 

Aircond secondhand kebiasaannya tidak ada jaminan atau jaminan dah pun tamat tempoh. Jadi, anda terpaksa keluarkan kos sendiri untuk servis. Jangka hayat aircond secondhand juga lebih pendek berbanding jika anda beli aircond baru.

 

10. Guna Remote Aircond Yang Betul

remote-aircond

Penggunaan remote aircond yang betul adalah penting bagi memastikan aircond rumah anda beroperasi dengan cekap dan efisien.

Anda perlu jaga remote aircond rumah anda dengan baik dan jangan jatuhkannya atau biarkan remote terdedah kepada apa-apa jenis kerosakan.

 

11. Buat Major Servis Setiap 6 Bulan

Membuat major servis setiap 6 bulan adalah pelaburan yang bijak untuk jangka masa panjang walaupun mungkin kos agak tinggi setiap kali servis.

 

Tapi penting untuk anda buat major servis bagi mengelakkan anda terpaksa membelanjakan wang yang lebih banyak sekiranya terdapat kerosakan yang tidak dikenalpasti dengan lebih awal.

 

Baca : 8 Tanda Compressor Aircond Rumah Anda Rosak (2024)

 

Suhu Aircond Untuk Jimat Elektrik

Jika anda kerap tetapkan suhu aircond pada 18°C, anda perlu tahu ini adalah punca bil elektrik anda tinggi setiap bulan. Sebaliknya, hanya perlu tetapkan suhu yang optimum sahaja untuk mencapai suhu yang selesa iaitu pada 25°C sahaja.

 

Tetapan pada suhu optimum ini membolehkan compressor berhenti sebentar apabila bilik telah mencapai suhu yang ditetapkan. Tetapi jangan risau, aircond akan berfungsi semula apabila suhu bilik naik.

 

Aircond Jimat Elektrik Bawah RM2,000

Di bawah ini kami sertakan senarai aircond jimat elektrik bawah RM2,000 untuk tahun 2023/2024.

 

Baca : Harga Servis Aircond Rumah KL/Selangor [TERKINI]

 

1. Daikin FTKF-B 1.0 Inverter

 

Daikin FTKF-B 1.0 Inverter mempunyai sistem smart control melalui aplikasi Go Daikin App yang memudahkan anda untuk menetapkan suhu aircond yang anda inginkan walaupun dari jauh.

 

Model ini mempunyai Power Mode yang boleh menyejukkan ruangan rumah anda dengan cepat bila diperlukan. Terdapat juga fungsi Auto-Restart sekiranya terdapat gangguan kuasa supaya aircond berfungsi dengan lancar.

 

Daikin FTKF-B ini adalah pilihan yang tepat untuk anda yang mahukan aircond rumah dengan ciri-ciri terkini dan berprestasi tinggi.

 

2. Hisense Standard Inverter Air Con R32

aircond-hisense

Model ini juga boleh dikawal menggunakan aplikasi HiSmart Home App di telefon pintar yang membolehkan anda mengawal suhu aircond mengikut keselesaan anda.

 

Hisense Standard Inverted jug mempunyai 4 jenis sleep mode yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna. Jika dalam rumah anda ada bayi, orang tua dan orang dewasa, anda boleh mengubah mode sleep pada bila-bila masa.

 

Aircond model ini sangat sesuai untuk anda yang mementingkan keadaan yang tenang dan udara yang nyaman. Menggunakan 1hp, model ini sesuai untuk bilik bersaiz sederhana dan kecil.

 

3. Midea Inverter 1HP R32 MSEP-CRFN8

aircond-midea

Model ini bersaiz lebih kecil namun masih lagi mencapai standard kecekapan tenaga yang ditetapkan. Aircond model ini juga tidak mengeluarkan bunyi yang bising atau terlalu kuat.

 

Paling menarik untuk model ini, ia menggunakan peranti Air Magic di dalam aircond ini untuk membuang bakteria dan habuk bagi memastikan udara anda bersih dan sihat.

 

4. Haier R32 1.0HP (HSU-10VQA)

aircond-haier

Model ini menawarkan penjimatan tenaga pada harga yang mampu milik. Haier R32 1.0HP (HSU-10VQA) mempunyai Smart Clean yang mensteril 99.9% membuatkan udara lebih bersih dan segar.

 

Jika anda mencari aircond rumah dengan ciri-ciri terkini dan menjimatkan tenaga, Haier adalah jenama yang perlu anda cari.

 

5. Samsung WindFree 1HP (AR-BYEAA)

aircond-samsung

Baca : 5 Jenama Aircond Terbaik Untuk Rumah Yang Jimat 90% Elektrik

 

Walaupun model ini lebih mahal daripada pilihan lain, model ini sesuai untuk anda yang mahukan penggunaan untuk jangka masa panjang dalam masa yang sama masih menjaga alam sekitar.

 

Samsung WindFree 1HP adalah aircond inverter dengan teknologi Digital Inverter Boost Technology yang membantu mempercepatkan proses penyejukan bilik 43% dari biasa.

Disebabkan kipasanya yang besar dan lebar, aircond model ini mampu menyejukkan kawasan bilik sehingga 15 meter kehadapan.

 

servis-aircond-rumah

Huda Azman

Learn More

2 thoughts on “11 Cara Jimat Aircond Yang Proven Sejak 2013 (Jimat 90%)

Comments are closed.