jenama aircond terbaik

Cara Pilih Jenama Aircond Terbaik

Kalau anda dah pernah pergi survey aircond dekat kedai, anda mesti nampak macam-macam jenama, jenis dan ciri-ciri aircond kan? Mesti pening kepala nak pilih aircond rumah yang macam mana paling sesuai dan bagus untuk rumah anda.

 

Jangan risau, dalam artikel ini kami akan bantu anda pilih aircond terbaik untuk rumah anda dan kami kongsikan 5 jenama aircond rumah yang terbaik di Malaysia.

Baca : 9 Jenama Aircond 1HP Bawah RM2,000 Terbaik (TERKINI)

 

1. Aircond Jenis Energy Efficient

energy-efficient

 

Bila nak cari aircond rumah, perkara pertama sekali yang perlu anda ambil tahu adalah samada aircond yang anda pilih itu jenis energy efficient atau tidak. 

 

Bila pasang aircond, anda sudah sedia maklum dan bersedia dengan kenaikan bil elektrik. Tetapi jika boleh, anda tak mahu bil elektrik yang terlalu tinggi, bukan?

 

Macam mana nak tahu aircond itu jenis yang energy efficient atau tidak? Mudah, anda lihat sahaja pelekat dengan bentuk bintang yang berwarna merah kuning pada aircond. 

 

Pelekat tersebut adalah pelekat ‘Energy Star Rating’ yang mana semakin banyak bintang, semakin cekap aircond tersebut. Bintang paling maksima adalah 6 manakala yang paling rendah adalah 2.

 

2. Pasang Aircond Dengan Pakar Aircond

pakar-aircond

 

Cara pemasangan aircond rumah perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal terjadi di kemudian hari. 

 

Banyak kerja-kerja teknikal dalam pemasangan aircond yang perlu diteliti dengan betul seperti pengendalian gas, penyambungan kabel dan banyak lagi.

 

Anda perlu panggil pakar aircond yang mempunyai pengalaman dan kelayakan yang sah untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan aircond. Anda boleh panggil tim Orang Aircond  dan kami boleh membuat pemasangan aircond dalam masa 60 minit sahaja.

 

3. Guna Aircond Rumah Jenis Inverter

Nak jimat penggunaan tenaga elektrik sehingga 30%? Pilih aircond inverter. Walaupun kosnya sedikit tinggi berbanding aircond biasa, tapi untuk jangka masa panjang, anda boleh elak daripada membayar bil elektrik yang tinggi setiap bulan.

 

Selain itu, aircond inverter juga lebih tahan lama berbanding aircond biasa. Aircond jenis ini juga lebih senyap dan sesuai untuk diletakkan di dalam bilik tidur. Suhu bilik juga lebih konsisten sekiranya anda menggunakan aircond inverter ini.

 

5 Jenama Aircond Terbaik di Malaysia

Anda dah tahu jenis aircond yang macam mana patut anda pilih untuk rumah anda? Sini kami kongsikan pula jenama aircond terbaik di Malaysia untuk anda pilih.

 

1. Aircond Daikin

daikin

 

Aircond Daikin ini antara jenama aircond yang paling biasa di Malaysia. Daikin ada pelbagai jenis aircond seperti aircond dinding dan siling. Kesemua aircond Daikin menggunakan teknologi inverter yang menjimatkan elektrik.

 

Daikin juga ada aplikasi Go Daikin yang membolehkan anda mengawal dan memerhati aircond rumah anda walaupun dari jauh.

 

2. Aircond Panasonic

panasonic

 

Jenama Panasonic ini memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Bukan sahaja aircond, malah peralatan elektrik yang lain seperti peti sejuk pun ramai yang mempercayai Panasonic.

 

Panasonic menawarkan produk yang mesra alam dan menjimatkan tenaga elektrik. Jenama aircond ini juga menggunakan teknologi terkini dan memberikan jaminan jangka panjang untuk produknya.

 

3. Aircond Midea

midea

 

Jenama Midea juga antara jenama yang popular. Midea menawarkan pelbagai jenis aircond rumah termasuk aircond dinding dan juga portable aircond.

 

Dengan penggunaan teknologi yang terbaru untuk aircond, Midea juga mempunyai sistem smart control yang membolehkan anda mengawal aircond rumah dari jauh.

 

4. Aircond YORK

york

 

Aircond York adalah pilihan tepat untuk anda yang mementingkan kualiti tapi dengan harga mampu milik. Aircond dari jenama ini juga menjimatkan elektrik dan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.

 

York mengeluarkan aircond yang tahan lama dan menawarkan khidmat sokongan pelanggan yang terbaik.

 

5. Aircond Haier

haier

 

Jenama ini menawarkan teknologi pintar dan sistem penyejukan yang efisien. Dengan teknologi supersonic cooling, aircond Haier mampu menyejukkan rumah anda dalam masa 10 saat sahaja.

 

Sejak sekian lama, jenama ini mempunyai reputasi sendiri dalam pembuatan barangan elektrik yang berkualiti tinggi dan mampu milik.

 

Baca : 9 Tips Pasang Aircond Rumah Untuk Rumah Baru (Edisi 2024)

 

Upah Pasang Aircond (Siap 1 JAM)

Tak tahan dengan cuaca panas di Malaysia?

 

Anda boleh tempah slot pemasangan dengan tim orang aircond dan kami akan siapkannya dalam masa 1 jam sahaja! Jimat 22x ganda masa anda menunggu aircond siap dipasang.

 

Berpengalaman lebih 10 tahun dengan pelbagai jenis aircond, orang aircond komited untuk memastikan rumah anda sejuk dan selesa untuk didiami.

 

Klik gambar di bawah untuk tempah slot anda hari ini. 

pasang-aircond

Huda Azman

Learn More