Dengan cuaca panas di Malaysia sekarang, aircond memang akan pasang hampir 24 jam kan? Bila setiap hari guna, dalam jangka masa yang lama, mula lah aircond bermasalah seperti jadi kurang sejuk atau bocor.
Harga aircond pula bukan murah. Kalau beli yang murah pula takut nanti akan keluarkan banyak kos untuk servis dan baikpulih sebab asyik rosak sahaja.
Jangan risau, dalam artikel ini, akan kami kongsikan tips memilih aircond dan 9 jenama aircond 1HP bawah RM2,000 untuk bantu anda menjimatkan kos.
Apa Itu Aircond 1HP?
HP ini adalah satu unit pengukuran bagi kuasa penyaman udara. Aircond 1HP merujuk kepada penyaman udara yang mempunyai kapasiti sebanyak 1 Horsepower (HP). Ia berfungsi untuk sejukkan udara dalam bilik atau ruang.
Saiz 1HP biasanya sesuai untuk bilik bersaiz kecil hingga sederhana. Untuk ruangan yang berukuran 18 hingga 22 meter, aircond 1hp sudah memadai untuk menyejukkan ruangan tersebut.
Jika bilik anda bersaiz kecil, anda boleh gunakan aircond 1HP ini. Tetapi ingat, sebelum beli, pastikan saiz aircond sesuai dengan saiz bilik anda supaya aircond dapat berfungsi dengan baik.
Baca : 11 Cara Jimat Aircond Yang Proven Sejak 2013 (Jimat 90%)
Tips Memilih Aircond 1HP Untuk Rumah
Dalam bawah, kami kongsikan 3 tips memilih aircond 1HP untuk rumah anda.
Ukur Keluasan Bilik
Sebelum anda buat keputusan aircond berapa hp yang anda mahu pasang di rumah, anda perlu kira keluasan bilik anda untuk mengetahui samada aircond 1hp ini sesuai atau tidak dengan bilik anda.
Di sini kami sertakan formula untuk kira keluasan bilik anda.
Panjang bilik x Lebar bilik x 80 (faktor kuasa) / 9000
Contoh pengiraan untuk bilik yang panjang dan lebar adalah 10 kaki:
10 x 10 x 80 / 9000 = 0.8
Paling dekat dengan 0.8 adalah 1hp. Jadi, bilik anda sesuai dengan aircond 1hp.
Baca : 5 Jenis Aircond Yang Ada Di Malaysia Beserta Contoh Sebenar
Pilih Aircond Jenis Inverter
Aircond jenis inverter dikenali sebagai aircond yang jimat tenaga berbanding aircond non-inverter. Tetapi kos awal pemasangan aircond inverter ini adalah sedikit mahal.
Namun, untuk jangka masa panjang, anda mampu mengelakkan daripada membayar bil elektrik yang tinggi setiap bulan.
Sekiranya anda memang on aircond setiap hari dan lebih daripada 6 jam, kami sarankan anda untuk memilih aircond jenis inverter untuk penjimatan elektrik yang lebih berkesan.
Pilih Aircond Dengan Energy Efficient
Bila anda beli barangan elektrik, tidak kira lah aircond, peti sejuk atau televisyen, anda mesti ternampak satu pelekat berwarna merah kuning dengan logo bintang kan?
Pelekat ini adalah energy rating. Makin banyak bintang, makin efektif penggunaan tenaga elektrik oleh aircond tersebut. Maksudnya, anda boleh jimatkan penggunaan elektrik dengan memilih energy rating yang mempunyai bintang yang lebih banyak.
Baca : 5 Sebab Kenapa Aircond Rumah Tak Sejuk (TERKINI)
Jenama Aircond 1HP Bawah RM2,000
Berikut adalah 9 jenama aircond 1hp yang anda boleh miliki dengan harga bawah RM2,000.
1. Aircond Daikin 1HP
Model: Daikin FTFK Series (R32)
Jenis: Inverter
Harga: RM1,870
Rating: 4 star
Warranti: 5 tahun untuk compressor, 2 tahun untuk keseluruhan unit
Ciri-ciri tambahan: Menggunakan Econo Mode untuk mengehadkan penggunaan maksima tenaga elektrik. Komponen elektrik unit dalam dan luar aircond mampu bertahan dalam jangka masa yang lama.
2. Aircond Midea 1HP
Model: Midea 1.0HP All Easy Pro Series – R32 Inverter
Jenis: Inverter
Harga: RM1,359
Rating: 5 star
Warranti: 5 tahun untuk compressor, 2 tahun untuk keseluruhan unit
Ciri-ciri tambahan: Mudah dipasang dan mudah diselenggara. Menggunakan smart control yang membolehkan anda mengawal aircond anda pada bila-bila masa dan di mana pun anda berada.
3. Aircond Panasonic 1HP
Model: Panasonic 1.0HP Standard Inverter R32 Air Conditioner
Jenis: Inverter
Harga: RM1,799
Rating: 5 star
Warranti: 5 tahun untuk compressor, 1 tahun untuk keseluruhan unit
Ciri-ciri tambahan: Menggunakan gas refrigent R32 yang mesra alam dan menjimatkan bil elektrik rumah anda. Jenama ini terkenal dengan barangan elektrik yang tahan lama.
4. Aircond YORK 1HP
Model: York 1HP Inverter Aircond – YMW5J10AAS-W
Jenis: Inverter
Harga: RM1,145
Rating: 4 star
Warranti: 5 tahun untuk compressor, 1 tahun untuk unit dalam
Ciri-ciri tambahan: Ada quiet mode untuk mengurangkan bunyi bising semasa anda tidur dan juga rapid cooling yang berupaya menyejukkan ruangan dalam jangka masa yang cepat.
5. Aircond Haier 1HP
Model: Haier 1.0HP UV Ray Inverter Air Conditioner Smart Clean R32 HSU-10VQC22
Jenis: Inverter
Harga: RM1,499
Rating: 4 star
Warranti: 10 tahun untuk compressor dan 3 tahun untuk keseluruhan unit
Ciri-ciri tambahan: menggunakan teknologi triple airflow yang mampu menyejukkan setiap kawasan rumah anda.
6. Aircond Acson 1HP
Model: REINO Inverter (1.0HP) Air Conditioner R32 WiFi
Jenis: Inverter
Harga: RM1,720
Rating 4 star
Warranti: 5 tahun untuk compressor, 2 tahun untuk keseluruhan unit
Ciri-ciri tambahan: Ada tiga mode yang mengawal aircond dengan lebih baik. Turbo mode untuk menyejukkan ruangan dengan lebih cepat, sleep mode untuk mengurangkan bunyi bisind dan save mode untuk menjimatkan penggunaan tenaga.
7. Aircond Mitsubishi 1HP
Model: Mitsubishi Mr.Slim Standard Inverter Aircond JS Series (R32) MSY-JS10VF
Jenis: Inverter
Harga: RM1,525
Rating: 5 star
Warranti: 7 tahun untuk compressor, 2 tahun untuk keseluruhan unit
Ciri-ciri tambahan: Menggunakan teknologi fast cooling yang mampu menyejukkan ruangan dengan cepat juga filter aircond microparticle yang menangkap zarah-zarah halus bagi memastikan udara rumah anda bersih.
8. Aircond SHARP 1HP
Model: SHARP 1.0HP R32 INVERTER JTEC Air Conditioner AHX9VED
Jenis: Inverter
Harga: RM1,289
Rating: 5 star
Warranti: 5 tahun untuk compressor, 1 tahun untuk keseluruhan unit
Ciri-ciri tambahan: Eco mode pada model ini mampu mengurangkan kos elektrik sekaligus menghalan daripada terjadinya suhu yang terlampau sejuk dengan melaraskan penggunaan tenaga.
9. Aircond Elba 1HP
Model: ELBA 1HP PORTABLE AIR CONDITIONER EPAC-D3910(WH)
Jenis: Portable
Harga: RM899
Warranty: 1 tahun
Ciri-ciri tambahan: Air filter yang mudah dicuci. Boleh dipasang sendiri dan tidak mengeluarkan bunyi yang bising.
Ini adalah senarai harga terkini untuk aircond 1hp bawah RM2,000. Semoga artikel ini membantu anda untuk memilih aircond rumah 1hp mengikut kesesuaian bajet anda.
Kami rekomen anda aircond jenama Midea, Daikin dan Ascon kerana ketiga-tiga jenama ini biasa digunakan di Malaysia dan sekiranya terdapat kerosakan, mudah untuk mencari technician untuk baiki.
Baca : 9 Tips Pasang Aircond Rumah Untuk Rumah Baru (Edisi 2024)
Upah Pasang Aircond 1HP Di KL / Selangor
Orang Aircond mempunyai tim yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dan memiliki kelayakan yang sah. Kami telah bantu lebih 3,900 pengguna aircond pelbagai jenis dan jenama.
Sejukkan rumah anda dalam masa 24 jam selepas anda tempah slot pasang aircond dengan kami. Jimat 2x ganda masa anda dengan kami. Klik gambar di bawah sekarang.
One thought on “9 Jenama Aircond 1HP Bawah RM2,000 Terbaik (TERKINI)”
Comments are closed.