Kenapa Aircond Rumah Tak Sejuk?
Aircond dah macam wajib ada dalam setiap rumah disebabkan cuaca Malaysia yang panas terutamanya jika tinggal di kawasan bandar. Kadang malam pun terpaksa on aircond sebab tak selesa nak tidur dalam keadaan berpeluh.
Dengan cuaca yang panas, tiba-tiba aircond rumah tak sejuk. Dah set suhu paling minima pun tetap sama sahaja. Memang rasa nak marah bila jadi macam ini. Sampai rasa aircond kena tukar baru dah. Tapi, sabar dulu.
Berdasarkan pengalaman kami yang dah lebih 10 tahun mengendalikan aircond, ada beberapa faktor lain yang perlu diteliti terlebih dahulu sebelum anda nak tukar aircond baru.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 sebab aircond rumah tak sejuk dan cara untuk jaga aircond rumah anda supaya tetap sejuk dan berfungsi dengan baik.
1. Kesilapan Pemasangan Aircond Rumah
Pemasangan aircond rumah yang salah berkemungkinan menjadi punca aircond rumah anda tak sejuk.
Saiz Copper Pipe Tak Sesuai
Salah satu masalah yang biasa berlaku semasa pemasangan aircond adalah saiz copper pipe yang tidak sesuai. Saiz copper wajib ikut jenis dan spesifikasi aircond.
Kebiasaannya, dalam manual pemasangan aircond dah bagitahu berapa panjang copper pipe yang diperlukan untuk aircond tersebut. Bila tak ikut saiz yang ditetapkan, kemungkinan akan jadinya kebocoran halus.
Anda perlu pastikan technician anda tahu tentang ini supaya tak ada lah nanti tak sampai seminggu pasang pun, aircond anda dah rasa tak sejuk.
2. Gas Aircond Habis
Masalah aircond tak sejuk juga boleh berpunca daripada gas aircond yang habis. Apa yang anda kena tahu, gas aircond tak sama macam gas memasak yang perlu ditukar sentiasa.
Bila aircond gas habis, ini berkemungkinan disebabkan ada kebocoran pada bahagian aircond.
Untuk isi gas aircond, anda perlu tahu isipadu gas yang diperlukan dan jenis gas yang digunakan untuk aircond rumah anda.
Kami tak sarankan anda untuk isi gas aircond sendiri kerana kesalahan dalam pengisian gas akan menyebabkan anak menanggung kos yang lebih tinggi.
Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu diperiksa terlebih dahulu seperti memeriksa kebocoran gas sebelum gas aircond diisi semula. Sebaiknya, anda panggil pakar aircond untuk memeriksa dan mengisi semula gas aircond rumah anda.
3. Kebocoran Aircond
Ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kebocoran pada aircond rumah anda:
Limpahan Gas Pada Compressor
Compressor aircond kena ada gas untuk aircond berfungsi dengan baik. Tapi gas yang terlalu banyak akan membebankan compressor.
Akibatnya, compressor tak mampu mengepam dan menyebabkan pusingan rotor terhenti atau menjadi perlahan. Keadaan ini menyebabkan gegelung terbakar dan compressor akan rosak disebabkan arus yang sangat tinggi.
Copper Pipe Aircond Pecah
Copper pipe berfungsi untuk mengalirkan gas dalam aircond. Apabila copper pipe pecah, aircond tak akan berfungsi dengan baik. Gas penyejuk akan terlepas keluar disebabkan kebocoran dalam paip dan menyebabkan aircond rumah anda jadi tak sejuk.
Nat Aircond Tidak Ketat
Kadang-kadang, aircond boleh bocor disebabkan nat aircond tidak ketat. Nat aircond ini adalah bahagian penting yang menghubungkan unit indoor dan outdoor aircond. Ada 4 punca kenapa nat tidak ketat:
- Flaring copper tak kemas, senget, ada pecah sedikit atau tak kembang
- Ikatan nat tak ikut spesifikasi yang ditetapkan
- Tak lakukan pemeriksaan secara details sambungan nat lepas buat pemasangan
- Tak buat pemeriksaan untuk check bocor guna air sabun
Nat yang tidak ketat menyebabkan udara panas atau lembab daripada luar masuk ke dalam sistem aircond. Kalau ada kebocoran pada sambungan-sambungan ni, gas penyejuk boleh terlepas keluar.
Valve Aircond Terbakar
Valve ini penting untuk mengawal aliran gas sebab ia berfungsi seperti pintu masuk dan keluar untuk gas dalam aircond. Apabila valve terbakar, gas aircond akan bocor.
Aircond mungkin perlu bekerja lebih keras untuk memberikan suhu sejuk, dan ini akan menambahkan beban kerja kepada komponen-komponen aircond.
Evaporator Aircond Bocor
Evaporator merupakan komponen utama dalam aircond yang memastikan aircond berfungsi dengan baik dan mengeluarkan udara yang sejuk. Ia seperti radiator untuk aircond.
Tetapi, kadang-kadang, evaporator ini boleh bocor. Bila evaporator aircond bocor, udara yang keluar dari aircond mungkin tidak sejuk sepenuhnya.
4. Kapasiti Aircond Tak Cukup Untuk Bilik
Horse power (hp) aircond perlu disesuaikan mengikut keluasan bilik. Bila hp aircond yang dipasang tak bersesuaian dengan keluasan bilik, ini menjadi punca bilik tak sejuk.
Aircond 1hp vs Aircond 2hp
Hp aircond ada banyak variasi antaranya 1hp dan 2hp. Lagi besar hp, lagi mahal harganya. Tapi, bila anda nak pilih aircond untuk bilik, bukan harga aircond saja yang anda kena ambil kira.
Anda perlu tahu, penggunaan hp yang tak sesuai dengan bilik akan menyebabkan anda terpaksa bayar bil elektrik yang tinggi.Jadi, penting untuk pilih aircond mengikut saiz bilik.
Kalau anda nak cari aircond untuk bilik tidur yang bersaiz sederhana atau kecil, aircond 1hp pun dah boleh sejukkan bilik tersebut. Tapi kalau anda nak cari aircond untuk letak di ruang tamu atau ruang yang lebih besar, anda perlu pilih aircond 2hp.
Anda tak pasti nak pilih hp aircond untuk bilik anda? Boleh dapatkan nasihat daripada Orang Aircond terlebih dahulu.
5. Filter Aircond Berhabuk
Kadang-kadang, aircond tak sejuk bukan sebab rosak, tapi sebab filter dah berhabuk. Habuk akan menyebabkan aircond tak boleh nak serap haba dan mengeluarkan udara yang sejuk.
Bersihkan Filter Aircond Setiap Bulan
Nak aircond sejuk? Mudah, anda perlu sentiasa check dan bersihkan filter aircond setiap bulan. Boleh guna penyedut habuk atau basuh dengan air.
Filter yang bersih akan memastikan udara yang masuk ke dalam aircond lebih bersih, dan aircond pun akan sejuk macam biasa. Jadi, jangan lupa jaga filter aircond rumah anda!
6. Compressor Aircond Rumah Rosak
Compressor ini macam jantung aircond, tugasnya untuk mengalirkan udara sejuk ke seluruh sistem aircond. Apa punca compressor aircond rumah rosak?
Aircond Kehabisan Aircond
Kadang-kadang, aircond boleh rosak sebab gas penyejuk habis. Kalau gas habis, compressor tak akan berfungsi dengan betul, dan aircond tak akan sejuk. Kebocoran dalam sistem aircond antara punca yang menyebabkan kehabisan gas.
Pemasangan Aircond Salah
Pemasangan yang salah juga boleh membebankan compressor. Kalau aircond dipasang tidak betul, ia boleh menyebabkan tekanan yang tidak seimbang dalam sistem aircond dan merosakkan compressor.
Komponen Aircond Tamat Tempoh
Komponen dalaman aircond pun ada tempoh hayat. Kalau komponen-komponen penting dalam aircond seperti compressor tamat tempoh, maka memang perlu diganti. Komponen yang rosak atau tamat tempoh boleh menyebabkan aircond tidak berfungsi dengan baik.
Baca : [TERKINI] Harga Servis Aircond Rumah KL/Selangor (2024)
Cara Setting Aircond Rumah Tak Sejuk
Anda kena tahu macam mana nak setting remote aircond supaya rumah anda sejuk.
1. Pastikan Remote Aircond Berfungsi
Pertama sekali, anda kena pastikan remote aircond rumah anda berfungsi. Kadang-kadang, bateri remote boleh habis. Jadi, tukar bateri kalau perlu.
2. Set MODE “COOL” Di Remote Aircond
Simbol salji pada remote aircond menandakan aircond anda berada pada mode ‘Cool’. Pastikan anda sentiasa set mode ‘Cool’ pada remote aircond rumah anda. Mode ini akan membuatkan aircond rumah anda menghasilkan udara sejuk dengan lebih cepat selepas dibuka.
3. Tunggu 5 Minit Untuk Aircond Berfungsi
Lepas tekan butang on tunggu sekejap, dalam 5 minit. Aircond perlu sedikit masa untuk memulakan proses penyejukan. Jangan risau, anda akan mula merasakan udara sejuk selepas 5 minit.
Baca : 9 Tips Pasang Aircond Rumah Untuk Rumah Baru (Edisi 2024)
Cara Baiki Aircond Tak Boleh On
Kalau aircond tak boleh on, anda boleh cuba langkah-langkah ini:
1. Semak Bateri Remote Aircond
Kadang-kadang bateri dalam remote aircond boleh habis. Cuba tukar bateri yang baru dan pastikan remote berfungsi dengan baik. Kalau remote tak berfungsi, aircond tak boleh dihidupkan.
2. Semak Plug Aircond
Pastikan plug aircond dalam keadaan baik dan dipasang dengan betul dalam soket. Kalau plug longgar atau ada masalah dengan bekalan elektrik, aircond takkan boleh dihidupkan.
3. Motherboard Aircond Rosak
Kalau dah cuba langkah-langkah di atas dan aircond masih tak boleh dihidupkan, mungkin ada masalah pada motherboard aircond.
Motherboard adalah bahagian utama yang mengawal operasi aircond. Kalau rosak, anda perlu panggil juruteknik untuk memeriksa dan membaiki masalah ni.
Baca : 8 Tanda Compressor Aircond Rumah Anda Rosak (2024)
Upah Baiki Aircond Rumah Tak Sejuk
Kalau anda dah ikut langkah dan tips diatas tapi aircond masih tak sejuk, kemungkinan ada masalah pada komponen atau sistem aircond.
Anda boleh panggil Orang Aircond untuk check dan baiki aircond rumah anda. Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, kami dah bantu lebih 3,900 orang pelanggan yang ada masalah sama macam anda.
Hubungi kami sekarang dan kami bantu selesaikan masalah anda dalam masa 60 minit sahaja!
2 thoughts on “5 Sebab Kenapa Aircond Rumah Tak Sejuk (TERKINI)”
Comments are closed.