compressor aircond rumah tak jalan

Tanda Compressor Aircond Rumah Tak Jalan

Aircond adalah penyelamat ketika suhu panas melanda, tetapi pernah tak aircond rumah anda tiba-tiba tak sejuk macam biasa? Salah satu punca yang biasa berlaku adalah disebabkan masalah pada compressor aircond.

Antara punca aircond rosak adalah kerana penggunaan barang tiruan dari Hatyai, Thailand yang dibeli oleh ramai rakyat Malaysia sewaktu melancong ke sana.

compressor-aircond-rumah

 

Dalam artikel ini, kami akan kongsi tanda-tanda untuk anda kenalpasti masalah compressor aircond tak jalan dan punca kepada masalah ini.

 

Aircond Berbunyi Bising

Tanda compressor aircond rumah tak jalan yang paling biasa dan mudah dikenalpasti adalah apabila aircond mengeluarkan bunyi bising. 

 

Bunyi tersebut mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti kipas rosak, kipas kotor, atau masalah dengan compressor. Jika anda mendengar bunyi bising atau pelik, lebih baik anda panggil pakar aircond untuk membuat pemeriksaan. 

 

Tumpahan Minyak Aircond

Minyak aircond penting untuk menjaga komponen aircond supaya boleh berfungsi dengan baik. Tumpahan minyak boleh disebabkan oleh kebocoran dalam sistem aircond, yang mungkin disebabkan oleh kegagalan komponen seperti paip atau compressor. 

 

Kalau anda ternampak tompokan minyak pada bawah unit aircond atau ada kesan minyak pada aircond, ini bermakna ada tumpahan minyak yang terjadi.

Anda perlu mendapatkan bantuan pakar aircond untuk membaiki kebocoran dan menggantikan minyak yang habis.

 

Aircond Keluar Angin Sahaja

aircond-rumah

Bila aircond hanya keluarkan angin tanpa menghasilkan udara sejuk, ini salah satu tanda compressor aircond rumah tak jalan.

Keadaan ini mungkin disebabkan beberapa sebab, seperti kehabisan gas penyejuk atau masalah dengan komponen dalam aircond. 

 

Apabila anda menghidupkan aircond dan hanya merasa angin biasa tanpa rasa sejuk, ini menunjukkan bahawa aircond anda perlu di service.

 

Aircond Rumah Tak Sejuk

Apabila anda on aircond tapi udara yang keluar tetap panas dan aircond tidak menghasilkan udara sejuk seperti biasa, ini menunjukkan bahawa ada masalah dengan aircond.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kehabisan gas penyejuk, kipas yang rosak, atau masalah lain dalam sistem. 

 

Jika anda rasa aircond rumah anda dah tak sejuk macam biasa, anda boleh panggil pakar aircond untuk memeriksa dan membaiki aircond rumah anda supaya sejuk semula.

 

Baca : 8 Tanda Compressor Aircond Rumah Anda Rosak (2024)

 

Punca Compressor Aircond Rumah Tak Jalan

Sensor Compressor Rosak

Sensor compressor adalah komponen yang membantu mengawal operasi compressor. Apabila sensor ini rosak, ia mungkin gagal mengesan perubahan suhu atau tekanan dengan betul, menyebabkan compressor tidak berfungsi dengan baik. 

 

Untuk membaiki masalah ini, anda perlu menggantikan sensor compressor yang rosak. Sebaiknya, anda panggil technician aircond untuk kenal pasti masalah dengan cepat dan membaiki sensor tersebut agar aircond berfungsi dengan baik semula.

 

Isu Printed Circuit Board

printed-circuit-board

 

Printed Circuit Board ini seperti otak aircond yang mengawal operasi keseluruhan aircond rumah anda. Ia menghantar isyarat kepada komponen-komponen lain seperti compressor, kipas, dan sensor untuk berfungsi. 

 

Jika terdapat masalah dengan Printed Circuit Board, ia mungkin gagal menghantar isyarat yang betul, atau komponen di atasnya mungkin tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Masalah ini boleh berlaku akibat kegagalan komponen di dalam Printed Circuit Board atau pun masalah sambungan elektrik.

 

Untuk membaiki isu ini, anda perlu mendapatkan bantuan technician aircond. Mereka boleh memeriksa Printed Circuit Board, mengenal pasti masalahnya, dan membaikinya supaya aircond rumah anda berfungsi dengan lancar.

 

Kapasitor Rosak

kapasitor-aircond

 

Kapasitor adalah satu komponen penting dalam aircond yang membantu compressor untuk memulakan tugasnyanya dengan baik. Kapasitor bertindak seperti ‘bateri’ untuk membantu compressor berputar dan memampatkan gas penyejuk. 

 

Jika kapasitor rosak, ia boleh menyebabkan compressor gagal berfungsi. Kapasitor yang rosak menyebabkan compressor tak dapat tenaga elektrik yang diperlukan. Akibatnya, compressor tidak akan berputar atau tidak dapat memampatkan gas dengan baik.

 

Tekanan Gas Aircond Rendah

Apabila tekanan gas terlalu rendah, itu bermaksud compressor tidak mempunyai cukup “bahan bakar” untuk bekerja dengan berkesan. Kebocoran dalam sistem aircond menyebabkan kurangnya gas penyejuk yang menjadi punca utama tekanan gas rendah. 

 

Masalah kebocoran ini kebiasaannya terjadi pada copper pipe. Untuk membaiki masalah ini, adalah penting untuk mengesan punca tekanan gas yang rendah dan membaikinya. Anda perlu panggil technician untuk check kebocoran, membaiki, dan mengisi semula gas penyejuk.

gas-aircond

Baca : 5 Sebab Kenapa Aircond Rumah Tak Sejuk (TERKINI)

 

Upah Repair Compressor Aircond Rumah Tak Jalan

 

Sejak 2013, Orang Aircond berpengalaman bantu 3,900 pelanggan sekitar KL & Selangor menguruskan aircond tak kira jenama dan HP.

 

Kami pakar dalam membaiki compressor aircond yang tidak berfungsi. Dengan kepakaran kami, kami boleh mengenal pasti punca masalah dan membaikinya dalam masa 60 minit sahaja. 

 

Baca : Harga Servis Aircond Rumah KL/Selangor [TERKINI]

 

Tempah temujanji anda hari ini dan dapatkan semula udara yang sejuk di rumah anda dalam masa 24 jam!

footer-image

Huda Azman

Learn More