Tanda Anda Kena Pasang Aircond di Rumah
Mesti anda pernah terfikir patut atau tidak anda pasang aircond rumah, bukan? Kalau anda rasa rumah anda semakin panas dan bila duduk rumah jadi tidak selesa, maka anda perlu pertimbangkan untuk pasang aircond rumah.
Dalam artikel ini, kami akan berikan anda sebab yang kukuh kenapa anda perlu pasang aircond rumah.
“Rupa-rupanya ada 9 tips pasang aircond rumah yang ramai orang tak tahu! Kami kongsikan supaya bil elektrik anda jimat dan aircond rumah anda tahan 2X lebih lama dari orang lain.”
Ada Bayi & Anak Kecil
Kalau ada baby atau budak kecik dalam rumah, aircond memang jadi kawan baik. Sebab, mereka kebiasaannya sensitif dengan panas. Kalau terlalu panas, mereka jadi tak selesa dan mudah meragam.
Aircond boleh bantu baby untuk tidur dengan lebih lena dan pada masa yang sama, anda boleh kurangkan debu dalam rumah. Jadi, pasang aircond boleh buat rumah lebih selesa untuk bayi dan anak kecil
Kitaran Udara Tak Nyaman
Kadang-kadang cuaca panas terlampau membuatkan kitaran udara dalam rumah jadi tak nyaman. Rasa geram bila rumah yang sepatutnya jadi tempat kita lepaskan penat, tapi buatkan kita makin tidak selesa.
Maka, ini adalah alasan yang kukuh untuk anda pasang aircond rumah. Aircond boleh buat udara jadi lebih nyaman dan rumah anda akan jadi lebih selesa.
Rumah Senang Berbau Busuk
Panas dan lembap boleh buat rumah berbau busuk. Biasanya sebab kulat dan bakteria berkembang laju dalam keadaan tersebut. Aircond boleh bantu mengawal kelembapan dan mengurangkan risiko bau tak sedap dalam rumah.
Bilik Tidur Direct Matahari
Kalau bilik tidur anda terkena matahari sepanjang hari, confirm suhu dalam bilik akan tinggi pada waktu siang. Ini boleh membuatkan anda jadi susah untuk tidur sebab tak selesa.
Aircond boleh berikan bilik anda suhu yang sejuk dan selesa. Lepas pasang aircond, pasti tidur anda siang dan malam lebih nyenyak!
Tidur Dalam Keadaan Berpeluh
Tidur dalam keadaan berpeluh memang tak best. Kalau anda selalu terjaga waktu malam disebabkan panas terlampau, maka aircond adalah penyelamat anda.
Aircond menjadikan suhu bilik tidur anda jadi lebih selesa. Malam-malam dah tak terjaga sebab berpeluh dan tidur anda lebih berkualiti.
Tips Pasang Aircond Rumah
1. Ada Aliran Udara Yang Baik
Pastikan ada aliran udara yang cukup dalam bilik. Anda bukan sahaja perlu bilik yang sejuk, tetapi juga bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik supaya anda berada dalam keadaan yang selesa sentiasa.
Sekiranya aliran udara terhalang, aircond tak dapat sejukkan rumah dengan baik. Akibatnya, udara dalam bilik boleh jadi lembap dan tidak sihat.
Bukan sahaja unit dalam, unit luar pun anda kena pastikan tiada penghalang. Jangan letak apa-apa barang di atas atau di depan unit supaya proses pemindahan haba keluar tidak terhalang.
2. Aircond Tak Menghadap Almari
Pastikan aircond tak menghadap terus ke arah almari atau perabot yang bersaiz besar. Sebab, aliran sejuk dari aircond boleh berbalik dan menghala ke almari atau perabot.
Ini akan membuatkan aircond terpaksa bekerja lebih keras, dan dalam masa yang sama bil elektrik anda juga akan melambung tinggi.
Jadi, pastikan aircond rumah anda bebas dari sebarang halangan supaya rumah anda sentiasa sejuk sekaligus menjimatkan bil elektrik.
3. Tidak Terlalu Dekat Dengan Pintu
Jangan letak aircond terlalu dekat dengan pintu. Sebab, udara sejuk boleh keluar terus bila pintu dibuka. Ini akan membuatkan aircond bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu sejuk dalam bilik.
Pasang aircond di tempat yang strategik dalam bilik. Pastikan aircond diletakkan sedikit jauh dari pintu dan tingkap untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
4. Pemasangan di Dinding Yang Kukuh
Pastikan pemasangan aircond kukuh dan selamat di dinding untuk mengelakkan unit bergegar, bunyi bising dan membahayakan keselamatan anda dan ahli keluarga yang lain.
Aircond berat, jadi penting untuk pastikan ia tidak jatuh atau bergerak. Pastikan dinding bilik anda kukuh untuk menyokong berat aircond dengan selamat tanpa risiko jatuh.
5. Tidak Pasang Berdekatan Takungan Air
Unit luar aircond sepatutnya diletakkan di tempat yang jauh dari kawasan yang berisiko menjadi takungan air. Perhatikan sekiranya kawasan rumah anda terdapat takungan air apabila hujan turun. Jauhkan unit luar aircond anda daripada kawasan tersebut.
Bahagian dalam dan badan unit luar akan terhakis dalam jangka masa panjang walaupun hanya terkena air yang sedikit. Dan sekiranya terdapat takungan air, ia lebih teruk kerana akan menenggelamakan sekaligus merosakkan unit luar.
6. Jarak Antara Siling Dan Aircond Jauh
Elakkan pasang aircond terlalu tinggi dan dekat dengan siling. Pastikan ada jarak yang cukup supaya udara boleh beredar dengan baik. Kami syorkan, jarak minima aircond dari siling rumah anda adalah 15cm.
7. Kapasiti Aircond Sesuai Dengan Saiz Bilik
Pastikan aircond yang dipilih mempunyai kapasiti yang sesuai dengan saiz bilik. Kalau aircond terlalu kecil untuk bilik yang besar, ia mungkin tak mampu sejukkan bilik anda dengan efisien.
Di bawah ini kami kongsikan formula untuk anda kira sendiri berapa hp yang diperlukan oleh bilik anda:
Panjang bilik x Lebar bilik x 80 (faktor kuasa) / 9000
Contoh pengiraan jika panjang dan lebar bilik anda adalah 10 kaki:
- 10 x 10 = 100
- 100 x 80 = 8000
- 8000 / 9000 = 0.8
Jadi anda perlu pilih yang berdekatan. Kalau 0.8, paling dekat adalah 1hp. Maka, bilik anda sesuai dengan aircond 1hp.
8. Pasang Aircond Dari Jenama Yang Dipercayai
Pastikan aircond yang anda pasang adalah daripada jenama yang dipercayai. Pilih aircond daripada jenama yang terkenal dan memiliki reputasi baik.
Pemilihan aircond Ini penting kerana aircond dari jenama yang dipercayai cenderung lebih tahan lama, lebih cekap, memiliki teknologi terkini dan mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik.
Jadi, pastikan pilih jenama yang dipercayai untuk pasang aircond. Contoh aircond dari jenama yang boleh dipercayai seperti Daikin, LG, Midea, Panasonic dan Sharp.
9. Pasang Aircond Dengan Pakar Aircond Yang Sah
Jika anda tidak ada pengalaman, sebaiknya anda jangan pasang aircond rumah dengan sendiri walaupun anda fikir pasang aircond sendiri boleh menjimatkan kos.
Hal ini kerana, sekiranya terdapat masalah semasa pemasangan, anda akan menanggung kos yang lebih tinggi untuk membaik pulih.
Guna perkhidmatan pakar aircond yang sah dan berpengalaman untuk pemasangan yang betul dan selamat. Mereka akan memastikan semua komponen aircond disambung dengan betul supaya anda boleh gunakan aircond dengan selamat.
Baca : 5 Jenis Aircond Yang Ada Di Malaysia Beserta Contoh Sebenar
Tips Selepas Pasang Aircond Rumah
Cuci Filter Aircond Sebulan Sekali
Jangan malas untuk cuci filter aircond sebulan sekali. Filter ini adalah penapis debu dan kotoran dalam udara. Kalau tak cuci, udara dalam bilik jadi tak bersih dan aircond tak boleh berfungsi dengan baik.
Nak cuci filter senang je, anda boleh buat sendiri.
Tutup Pintu Bilik Bila Buka Aircond
Ini tips yang penting. Bila buka aircond, pastikan pintu bilik ditutup rapat. Kalau tak, udara sejuk yang dihasilkan akan keluar dari bilik, dan menyebabkan bilik anda tak sejuk.
Ini boleh menyebabkan peningkatan dalam penggunaan tenaga dan bil elektrik yang tinggi. Jadi, pastikan pintu bilik anda sentiasa ditutup apabila anda menggunakan aircond untuk menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda.
Major Servis Aircond Setahun Sekali
Ingatlah untuk buat major servis aircond sekurang-kurangnya sekali setahun. Servis ini bukan sekadar cuci filter, tapi juga untuk cek komponen-komponen lain seperti paip dan kompresor.
Major servis boleh kesan sebarang masalah dari awal dan mengelakkan kerosakan yang lebih besar. Anda juga boleh jimat duit daripada baiki kerosakan teruk aircond rumah anda akibat tak servis.
Dengan major servis tahunan, aircond akan tahan lebih lama dan berfungsi dengan lebih baik, menjimatkan tenaga dan menjaga kualiti udara dalam rumah anda.
Jadi, lepas pasang aircond, jangan lupa amalkan tips yang kami kongsikan ini. Senang sahaja, tapi boleh panjangkan jangka hayat aircond dan menjimatkan kos membaikpulih.
Baca : 9 Jenama Aircond 1HP Bawah RM2,000 Terbaik (TERKINI)
Harga Aircond Siap Pasang (Terkini)
Aircond 1.0hp
Harga aircond siap pasang bagi 1.0hp adalah sekitar RM1,400 bagi seunit. Harga ini berbeza mengikut jenama. Harga paling murah anda boleh dapat iaitu bawah RM1,000 jika anda pasang aircond jenama Midea.
Aircond 1.5hp
Untuk aircond dengan 1.5hp, harga termurah adalah sekitar RM1,800. Jika anda pilih jenama Daikin atau Panasonic, harganya boleh mencecah sehingga RM2,000.
Aircond 2.0hp
Kos pasang aircond 2.0hp adalah dalam RM2,600 hingga RM4,500 mengikut jenama yang anda pilih. Sekiranya anda nak jimat, anda boleh pilih jenama Midea yang harganya hanya sekitar RM2,600 termasuk upah pasang.
Aircond 2.5hp
Harga aircond 2.5hp siap pasang untuk jenama Midea adalah pada RM2,950. Harga standard untuk aircond 2.5hp adalah sekitar RM3,000 ke atas.
Ingat, sebelum anda upah orang untuk pasang aircond rumah, anda perlu tahu anggaran kos terlebih dahulu supaya anda tak ditipu. Pastikan anda minta sebut harga dan buat perbandingan harga sebelum memilih pakar aircond anda.
Upah Pasang Aircond Rumah KL & Selangor
Orang Aircond mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam pemasangan dan servis pelbagai jenis dan jenama aircond. Kami menawarkan perkhidmatan sepantas 60 minit dan menjimatkan wang anda dengan jaminan money back guarantee sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil kerja kami.
Hubungi kami hari ini untuk tempah slot anda dan kami pastikan masalah anda dapat diselesaikan dalam masa 24 jam!
3 thoughts on “9 Tips Pasang Aircond Rumah Untuk Rumah Baru (Edisi 2024)”
Comments are closed.