Pemilihan aircond rumah yang sesuai sangat penting supaya ruang dalam rumah anda sejuk dan anda selesa ketika berada di rumah.
Berdasarkan pengalaman kami dengan pelbagai jenis aircond samada aircond rumah mahupun untuk tujuan komersial, kami kongsikan dalam artikel ini 5 jenis aircond yang ada di malaysia.
Artikel ini akan membantu anda membuat keputusan untuk memilih jenis aircond rumah yang paling sesuai untuk anda.
Baca : 5 Jenama Aircond Terbaik Untuk Rumah Yang Jimat 90% Elektrik
Jenis Aircond Yang Ada Di Malaysia
1. Wall Mounted
Wall mounted aircond ini juga dikenali sebagai unit split sebab mempunyai dua unit terpisah. Satu unit dipasang di dalam rumah dan satu unit lagi dipasang di luar bangunan. Aircond jenis ini sesuai untuk bilik dan ruangan yang kecil kerana ia kompak dan padat.
Kelebihan Aircond Wall Mounted
- Menjimatkan ruang kerana di pasang pada dinding rumah
- Pemasangan yang mudah dan cepat. Kalau anda panggil Orang Aircond untuk pasang, dalam masa 60 minit sahaja tim kami dah boleh siapkan.
- Mudah didapati dan pelbagai jenis pilihan dari pelbagai jenama
Kekurangan Aircond Wall Mounted
- Tak sesuai untuk ruangan besar dan untuk heavy duty
2. Ceiling Cassette
Aircond jenis ceiling cassette ini sesuai untuk ruangan yang besar dan boleh juga digunakan untuk tujuan komersial seperti untuk ruangan pejabat atau restoran.
Kelebihan Aircond Ceiling Casette
- Sistem pengudaraan yang lebih baik yang mana udara dapat disebarkan keseluruh ruangan disebabkan aircond jenis ini mempunyai 4 dimensi.
- Aircond jenis ini nampak lebih kemas kerana dipasang di dalam siling dan tersembunyi.
Kekurangan Aircond Ceiling Casette
- Harga untuk aircond jenis ini lebih mahal
- Perlukan ruangan siling yang mencukupi
- Pembersihan dan servis agak sukar dilakukan kerana aircond ini tersembunyi
3. Floor Standing
Aircond jenis ini sesuai untuk kawasan yang ramai orang seperti di kedai dan restoran. Aircond floor standing memberikan hembusan angin yang kuat yang mampu menyejukkan ruangan anda.
Kelebihan Aircond Floor Standing
- Kerja pemasangan yang mudah. Boleh diletakkan di atas lantai sahaja.
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih mudah dilakukan
- Menghasilkan angin yang kuat dan cepat sejuk disebabkan kipasnya yang besar
Kekurangan Aircond Floor Standing
- Memerlukan ruangan lantai yang luas dan bersesuaian
- Habuk dan kotoran mudah masuk dan boleh dilihat dengan jelas
4. Ceiling Conceal
Aircond ceiling conceal sesuai untuk anda yang mahukan ruangan tampak kemas tanpa mengganggu hiasan dalam ruang tersebut.
Kelebihan Aircond Ceiling Conceal
- Aircond ini tersembunyi membuatkan ruangan nampak lebih kemas
Kekurangan Aircond Ceiling Conceal
- Harganya lebih mahal
- Pemasangan sukar kerana tersembunyi
- Kerja-kerja penyelenggaraan sukar untuk dilakukan
5. Portable Aircond
Portable aircond adalah aircond mudah alih yang boleh dipasang di mana-mana tempat yang mempunyai plug. Terdapat roda pada aircond jenis ini untuk memudahkan anda menggerakkannya.
Kelebihan Aircond Portable
- Kecil dan ringan
- Tak perlu panggil pakar aircond untuk pasang
- Mudah dipasang dan dibawa
Kekurangan Aircond Portable
- Kapasiti tak cukup kuat untuk menyejukkan ruangan yang besar
- Bunyi lebih kuat berbanding aircond wall mounted
Baca : 9 Jenama Aircond 1HP Bawah RM2,000 Terbaik (TERKINI)
Aircond Rumah Terbaik
Ada dua jenis aircond yang biasa dipasang dan dipilih oleh pengguna di Malaysia:
Aircond Wall Mounted
Aircond wall mounted sering menjadi pilihan pengguna kerana ia tidak mengambil banyak ruang dan boleh di pasang di dinding rumah. Aircond jenis ini juga boleh menjimatkan bil elektrik dan kerja-kerja pemasangan mudah dilakukan.
Aircond Portable
Aircond portable mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dan disebabkan itu, ia menjadi antara pilihan pengguna di Malaysia. Harganya juga lebih murah dan anda tak perlu panggil pakar aircond untuk melakukan kerja-kerja pemasangan.
Kedua-dua jenis aircond ini adalah antara jenis aircond yang biasa digunakan di Malaysia. Anda boleh pilih jenis aircond rumah yang anda mahu berdasarkan keperluan dan bajet anda.
Baca : Harga Servis Aircond Rumah KL/Selangor [TERKINI]
Upah Pasang Aircond Rumah Termurah KL/Selangor
Jika anda mencari pakar aircond sekitar KL & Selangor untuk pasang aircond rumah anda, anda boleh hubungi tim Orang Aircond.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan pelbagai jenis aircond daripada pelbagai jenama, kami janjikan anda dapat jimat 22x ganda masa anda dengan servis 60 minit kami.
Tempah slot anda hari ini dan kami akan sampai ke rumah anda dalam masa 24 jam. Klik gambar di bawah sekarang!
3 thoughts on “5 Jenis Aircond Yang Ada Di Malaysia Beserta Contoh Sebenar”
Comments are closed.