Daikin Smile Series Inverter (FTKM)
Daikin Smile Series adalah workhorse dalam segmen mid-market Malaysia. Selepas 12 tahun memasang, kami jarang dapat panggilan kerosakan untuk model FTKM โ kompresor twin-rotary dia memang reliable. Plus, ECONO mode dia boleh kurangkan penggunaan kuasa sehingga 30% pada mod malam.
- Kompresor twin-rotary jarang rosak (low service call rate)
- EER 5-star + ECONO mode = bil elektrik rendah
- R32 mesra alam, kecekapan tinggi
- Spare part senang dapat di seluruh Klang Valley
- Tiada WiFi built-in (perlu module tambahan ~RM200)
- Harga lebih tinggi sikit dari segmen entry
Ya. Inverter berkualiti dengan rating 5-star EER boleh menjimatkan 30โ50% bil elektrik berbanding non-inverter pada penggunaan yang sama. Ini kerana kompresor inverter boleh menyelaras kelajuannya tanpa henti berbanding kompresor biasa yang “on-off” sepenuhnya. Untuk rumah dengan 2โ3 unit aircond yang digunakan 6โ8 jam malam, penjimatan boleh mencecah RM 80โ120 sebulan. Tempoh ROI bagi premium beli vs non-inverter biasanya 3โ4 tahun.