compressor aircond rumah rosak

Apa Itu Compressor Aircond Rumah

aircond-rumah

Pernah tak anda rasa aircond rumah kejap panas, kejap sejuk atau bila pasang aircond memang tak rasa sejuk langsung? Dah adjust dekat remote aircond, malangnya kesannya masih sama. Ini tanda-tanda lazim bila compressor aircond rumah anda dah mula akan rosak. 

 

Compressor aircond rumah ini ialah bahagian penting dalam sistem aircond.

 

“Compressor umpama  ‘jantung’ aircond. Sama macam fungsi jantung pada manusia, kalau jantung kita rosak, maka tak berfungsi lah sistem badan kita.” 

 

8 Punca Compressor Aircond Rumah Rosak

compressor-aircond-rumah

Aircond rumah adalah penyelamat di musim panas. Ia menjadikan rumah kita selesa dan sejuk. Tetapi, apa yang akan terjadi bila ‘jantung’ ini rosak? 

 

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 8 tanda compressor aircond rumah anda rosak berdasarkan pengalaman kami selama lebih 10 tahun dan apa yang perlu anda lakukan supaya rumah anda sejuk macam biasa.

 

1. Kapasitor Aircond Rosak

Untuk info, ada dua jenis kapasitor pada sebuah aircond rumah. Kapasitor untuk compressor bentuknya macam silinder dan besar.

Satu lagi kapasitor untuk kipas compressor yang saiznya sedikit kecil dan berwarna hitam. Kedua-dua kapasitor ini anda boleh jumpa dekat compressor.

kapasitor-compressor

Jenis Kapasitor Aircond Rumah 
  • Kapasitor Blower
  • Kapasitor Enjin Aircond

 

Kapasitor ini berfungsi untuk memberi tenaga elektrik kepada compressor dan kipas compressor. Maka, bila kapasitor aircond rosak, voltage atau current ini tak dapat melepasi kapasitor itu yang menyebabkan aircond anda tak berfungsi.

 

Jadi macam mana nak tahu aircond rosak berpunca daripada kapasitor? Mudah, anda boleh cuba dengar bunyi compressor di rumah anda. Kalau compressor aircond rumah anda senyap je tak ada bunyi dan kipas pun tak berpusing, itu memang tanda-tanda kapasitor compressor dah rosak. 

 

Nak tukar kapasitor ni murah sahaja, dalam RM20 pun dah dapat. Tapi kalau anda tak tukar kapasitor bila rosak, anda akan tanggung kos yang mahal untuk tukar compressor aircond rumah anda disebabkan masalah kecil ini.

 

2. Kebocoran Sistem Gas Aircond

Tahukah anda, aircond gas tak akan habis kecuali kalau adanya kebocoran?

 

Kalau anda dah pernah panggil orang untuk servis aircond dan technician itu cakap gas aircond kurang dan cuma tambah gas sahaja tanpa check dekat mana bocor, anda dah kena scam dan tak selesaikan masalah pun.

Belum cukup 14 hari, aircond anda dah kembali tak sejuk sedangkan aircond rumah hidup seperti biasa.

 

Sepatutnya technician kena cari punca dekat mana bocor itu dan kena repair tempat bocor sebelum tambah gas aircond. Dan untuk cari punca bocor ini bukan kerja yang mudah. Technician perlu kenalpasti samada bocor itu pada copper pipe dekat unit dalam atau luar. 

 

Disebabkan itulah, anda perlu cari technician aircond rumah yang berpengalaman. Jika tidak, anda terpaksa keluarkan kos tambahan untuk panggil technician yang berkemahiran dan buang masa.

 

Salah satu tanda anda boleh nampak kalau aircond gas rumah anda bocor adalah bila paip gas itu berais. Maksud berais ini adalah apabila terdapat lapisan ais pada permukaan paip tersebut.

 

3. Limpahan Gas Dipam Compressor

Limpahan gas berlaku apabila terlalu banyak gas penyejuk masuk ke dalam compressor aircond.

 

Limpahan gas ini akan menyebabkan compressor terpaksa bekerja lebih kuat dari biasa sehingga tak mampu lagi nak mengepam, yang menyebabkan pusingan rotor terhenti atau menjadi perlahan.

Bila ini terjadi, arus akan jadi sangat tinggi sehingga gegelung terbakar dan menyebabkan compressor rosak. 

 

Limpahan gas ini boleh disebabkan oleh kekotoran dalam sistem atau masalah-masalah lain semasa proses pemampatan gas. 

 

4. Komponen Compressor Berkarat

Bila anda dah pakai aircond melebihi 5 tahun dan tidak pernah buat major servis, compressor aircond akan alami masalah penurunan fungsi. Ini memang biasa terjadi dekat semua barangan elektrik, bukan aircond sahaja.

komponen-aircond-berkarat

 

Antara sebab compressor tidak dapat berfungsi 100% adalah gara-gara komponen compressor berkarat. Komponen dalaman compressor seperti piston atau valve yang berkarat atau rosak boleh mengganggu kelancaran dan menyebabkan tekanan tidak seimbang dalam sistem. 

 

Karat pada komponen compressor boleh merosakkan komponen dalaman dan menurunkan prestasi keseluruhan compressor disebabkan aliran gas penyejuk dan minyak pelincir terhalang oleh karat tersebut. 

 

5. Aliran Gas Aircond Tidak Selari

Keadaan ini berlaku apabila komponen-komponen dalaman aircond, seperti pemisah tekanan, saliran gas, atau saluran paip, tidak berada pada kedudukan yang betul. Aliran gas yang tidak selari boleh menghasilkan peningkatan tekanan dalam beberapa bahagian sistem aircond. 

 

Tekanan yang terlalu tinggi akan memaksa compressor bekerja lebih keras untuk memampatkan gas. Masalah ini boleh mengganggu kerja compressor sebab aliran gas terhalang. Ini menyebabkan compressor tidak dapat berputar seperti biasa atau terhenti tiba-tiba.

 

Aliran gas yang tidak selari juga boleh menyebabkan kegagalan dalam saluran paip atau sambungan. Ini boleh menyebabkan kebocoran gas penyejuk dan penurunan jumlah gas dalam sistem, yang menyebabkan kerosakan pada kompressor.

 

6. Litar Pintas Pada Plug Aircond

Pernah tak elektrik kat rumah anda tiba-tiba sahaja trip, tak pun fius menendang bila kilat? Anda pun tak tahu dekat mana puncanya.

litar-pintas-plug-aircond

Situasi ini mungkin berlaku disebabkan litar pintas pada plug aircond. Macam mana litar pintas pada plug aircond ni boleh berlaku? 

 

Kemungkinan besar, disebabkan pemasangan aircond tidak mengikut SOP yang dah ditetapkan. Maka, litar pintas akan kerap terjadi bila dari awal lagi aircond tak dipasang mengikut SOP. 

 

Sepatutnya, sebelum kerja-kerja pemasangan aircond dijalankan, technician kena buat pemeriksaan dan pengujian pada sistem pendawaian dalam rumah anda bermula dari meter TNB hingga ke plug.

 

7. Aircond Kehabisan Minyak Aircond

Minyak berfungsi untuk mengurangkan geseran dan kepanasan enjin. Minyak ini penting untuk sistem aircond berfungsi dengan baik.

 

Minyak akan habis jika terjadinya kebocoran dalam sistem aircond yang menjadi punca minyak mengalir keluar. Bila minyak dah keluar, bahagian dalam sistem aircond akan jadi kering. Ini menyebabkan enjin berputar tanpa pelincir. 

 

Akibatnya, suhu dalaman compressor akan overheat dan mengakibatkan gegelung terbakar dan overload rosak. Masalah ini akan memendekkan jangka hayat kompressor.

Baca : 9 Tips Pasang Aircond Rumah Untuk Rumah Baru (Edisi 2024)

 

Tanda Compressor Aircond Rumah Rosak

Di bawah ini kami kongsikan tanda-tanda compressor aircond rumah anda rosak yang mudah untuk anda kenalpasti sendiri:

 

1. Aircond Bunyi Bising

Tanda awal yang boleh dikenalpasti bila aircond anda bermasalah adalah bila compressor aircond rumah anda mengeluarkan bunyi yang sangat bising atau bunyi yang tak pernah anda dengar. Kebiasaannya, aircond yang normal tidak mengeluarkan bunyi-bunyi bising ini.

 

Contoh bunyi yang mungkin anda akan dengar seperti bunyi ‘clicking’ ‘clanging’ atau ‘hissing’. Bila anda terdengar bunyi-bunyi pelik macam ini, itu tandanya ada perlu segera cari orang aircond untuk check compressor aircond rumah anda. Kemungkinan bearing compressor aircond rumah anda dah longgar dan perlu diganti baru.

 

2. Aircond Berhenti Berfungsi

Apabila aircond berhenti berfungsi secara tiba-tiba, ini petanda compressor aircond rumah anda rosak. Berkemungkinan compressor anda kotor yang menyebabkan aircond jadi overheat. 

Sebab itu lah aircond anda mati tiba-tiba. Anda kena selalu check compressor aircond rumah anda dan pastikan compressor sentiasa bersih.

 

3. Aircond Panas Dan Sejuk Tak Konsisten

Pernah tak bila anda hidupkan suis, aircond tak sejuk pun? Atau anda tak rasa pun ada aliran udara atau tanda-tanda yang aircond itu berfungsi? Tak pun, tiba-tiba sahaja aircond mati sendiri? 

aircond-keluar-angin

Pernah terfikir kenapa situasi ini berlaku? Sebab compressor dah overheat jadi dia akan berhenti bekerja. 

 

Ada satu alat dinamakan ‘Thermostat Relay’ pada compressor yang berfungsi untuk putuskan arus elektrik bila compressor terlalu panas supaya compressor tak rosak. Bila compressor dah sejuk, thermostat ni akan bagi izin untuk compressor bekerja semula.

 

Untuk jangka masa pendek, anda boleh off kan aircond dalam 2-3 jam untuk compressor sejuk semula. Tapi sebaiknya anda panggil technician untuk buat servis chemical supaya masalah ini tak berulang sebab aircond terhenti sekejap-sekejap ini akan buatkan bil elektrik anda jadi mahal.

 

4. Aircond Hanya Keluar Angin

Ada dua situasi anda boleh tahu bila kompressor aircond rumah anda mula rosak.

 

Bila anda on kan aircond, aircond hanya mengeluarkan angin tapi udara dalam bilik tak sejuk pun. Ini menunjukkan bahawa kompressor tidak berfungsi dengan betul untuk memberikan kesejukan.

 

Yang kedua, bila anda ubah suhu pada remote aircond, tidak ada perubahan yang ketara dalam suhu bilik, ini juga menunjukkan masalah yang berkaitan dengan compressor.

 

5. Aircond Menjadi Tak Sejuk Tiba-Tiba

Jika aircond tiba-tiba dah tak rasa sejuk dan anda tidak mendengar bunyi compressor berfungsi, ini mungkin menunjukkan masalah pada komponen compressor. 

 

Anda mungkin dapat rasa yang aircond tidak lagi mencapai suhu yang diinginkan dan tidak dapat menyejukkan bilik seperti sebelumnya.

 

6. Limpahan Minyak Aircond

Minyak digunakan untuk melincirkan komponen dalam compressor, dan kehabisan minyak aircond boleh merosakkan komponen bergerak. Bila enjin beroperasi tanpa minyak pelincir, komponen dalaman akan rosak disebabkan suhu yang terlalu tinggi. 

 

Jika anda terlihat kesan minyak di sekitar unit aircond atau pada bahagian luaran komponen aircond, itu mungkin tanda terdapat limpahan minyak aircond dalam sistem.

Baca : 5 Sebab Kenapa Aircond Rumah Tak Sejuk (TERKINI)

 

Cara Baiki Compressor Aircond Rumah

Kalau anda nak tahu, ada cara untuk baiki compressor aircond rumah anda sendiri. Dekat bawah ini kami bagi tips untuk anda baiki compressor aircond rumah anda.

 

1. Tetapkan Suhu Minimum 25°C

Tetapkan suhu minimum pada 25°C adalah langkah yang dapat membantu compressor aircond rumah anda untuk tahan lebih lama. 

suhu-aircond-25°C

Suhu yang lebih tinggi (seperti 25°C) bererti compressor tidak perlu berfungsi dengan begitu kerap dan kuat untuk mencapai suhu yang lebih sejuk. 

 

Ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan beban pada compressor, dan boleh memanjangkan jangka hayatnya. Selain dapat menjaga compressor aircond, suhu yang lebih tinggi juga dapat menjimatkan bil elektrik anda.

 

2. Cuci Filter Aircond Rumah

filter-aircond-rumah

Masalah aircond tak sejuk ini boleh juga disebabkan oleh filter yang kotor atau tersumbat. Cara nak cuci filter aircond rumah ini sangat mudah.

 

  1. Matikan suis aircond
  2. Buka penutup aircond
  3. Keluarkan filter perlahan-lahan
  4. Bersihkan habuk pada filter menggunakan berus plastik atau air
  5. Pasang semula filter (pastikan filter kering, lap jika perlu)
  6. Tutup penutup aircond

 

Filter yang bersih memberikan aliran udara yang lebih baik dan mengurangkan tekanan pada compressor. Anda perlu cuci filter aircond rumah secara berkala untuk memastikan aliran udara di dalam rumah lebih bersih. 

 

3. Tutup Pintu Bilik Bila Aircond Dibuka

Dengan menutup pintu bilik, suhu bilik yang anda inginkan dapat dikekalkan. Ini akan membolehkan aircond berfungsi dengan lebih efisien dan mencapai suhu yang diinginkan dengan lebih cepat.

 

Sebaliknya, apabila pintu bilik terbuka, aircond perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu yang selesa dalam bilik. Ini boleh meningkatkan beban pada compressor yang akan menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga dan compressor juga akan lebih cepat rosak.

 

4. Tambah Gas Aircond Rumah

Jika anda rasa aircond tak menyejukkan ruangan seperti sebelumnya, kemungkinan gas aircond rumah anda dah mula berkurang atau dah habis. Sebaiknya, anda panggil orang aircond untuk membuat pemeriksaan. 

gas-aircond-rumah

Kerja-kerja penambahan gas aircond rumah tidak boleh dilakukan sendiri kerana banyak perkara yang perlu diteliti seperti kebocoran gas, jenis gas aircond dan jumlah gas yang diperlukan oleh aircond tersebut.

 

5. Tukar Komponen Aircond Rumah

Nak tukar komponen aircond rumah ni kena ada pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Sebaiknya panggil technician yang berpengalaman untuk buat kerja-kerja ini.

 

Thermostat Relay Aircond

Thermostat Relay Aircond ini sangat penting bagi memastikan keselamatan dan melindungi compressor daripada rosak. 

 

Nak tukar thermostat ini bukan mudah sebab ada banyak wayar yang anda kena pastikan sambungannya betul supaya compressor dapat berfungsi dengan baik. Sebab itu kami sarankan anda panggil pakar untuk tukar komponen aircond rumah anda.

 

Harga Compressor Aircond Rumah 2023/2024

Harga compressor aircond rumah yang baru bermula dari RM400 untuk aircond yang 1hp. Makin tinggi hp, makin tinggi harganya. 

 

Satu lagi yang anda kena tahu sebelum beli compressor adalah jenis aircond anda samada inverter atau non-inverter. Kalau nak senang, anda boleh panggil Orang Aircond untuk check dan tukarkan compressor aircond rumah anda.

Baca : [TERKINI] Harga Servis Aircond Rumah KL/Selangor (2024)

 

Upah Baiki Compressor Aircond Rumah

Pastikan technician yang datang ke rumah anda berpengalaman menguruskan semua jenis aircond rumah yang ada di Malaysia tanpa mengira jenama dan HP dan pastikan juga technician tersebut ada kelayakan yang sah.

 

Orang Aircond mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam pemasangan aircond, repair aircond dan servis aircond untuk semua jenis tak kira jenama.

Sejak 2013, mereka berjaya bantu 3,900 pelanggan di KL & Selangor dapatkan aircond rumah mereka sejuk seperti sedia kala dalam masa 60 minit.

 

Book servis baiki compressor rumah anda hari ini dan tim OA akan datang esoknya untuk selesaikan masalah anda dalam masa 60 minit sahaja!

 

Jimat elektrik sehingga 30% dari biasa dan jimat 2x ganda masa anda jika anda book dengan kami. Anda mesti tak sabar balik rumah sebab aircond rumah dah sejuk!

footer-repair-aircond-rumah

Huda Azman

Learn More

4 thoughts on “8 Tanda Compressor Aircond Rumah Anda Rosak (2024)

  1. Lebih baik mencegah daripada merawat, tapi tu la, kebanyakkan orang masih lagi tunggu aircond rosak, tak sejuk baru nak panggil servis. Walhal aircond macam kereta juga, perlu maintenance. Bila rosak compressor biasakan saya suggest tukar unit luar second.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *