Pada masa kini, aircond dah jadi keperluan bukan lagi kehendak untuk rakyat Malaysia. Dengan cuaca yang semakin hari semakin panas, semakin ramai rakyat Malaysia menyemak harga aircond terkini untuk dipasang di rumah.
Namun begitu, sebelum anda memilih aircond untuk rumah, anda mesti tahu berapa harga aircond untuk setiap hp supaya boleh disesuaikan dengan bajet anda.
“Ramai orang tak tahu yang harga aircond bergantung kepada jenis aircond, kuasa horsepower dan non inverter dan inverter. Jangan tertipu dan terbeli aircond yang salah!”
Jenis Aircond di Malaysia
Ada banyak jenis aircond di pasaran samada untuk kegunaan domestik atau komersial. Kepelbagaian jenis aircond ini boleh dibezakan mengikut saiz, ciri-ciri dan teknologi yang digunakan.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tiga jenis aircond yang popular di Malaysia dan harga bagi setiap hp aircond bagi memudahkan anda memilih aircond yang sesuai untuk rumah anda.
Baca : Harga Servis Aircond Rumah KL/Selangor [TERKINI]
Wall Mounted
Aircond jenis wall mounted adalah paling popular dan menjadi pilihan di kebanyakan rumah di Malaysia. Aircond jenis ini dipasang pada dinding rumah dan menjimatkan ruangan.
Aircond jenis wall mounted ini sesuai untuk ruangan yang kecil seperti bilik tidur dan ruang tamu yang sederhana.
Pemasangan aircond ini juga mudah. Namun, aircond jenis ini tidak sesuai untuk ruang yang besar dan bukan untuk kegunaan yang heavy duty.
Ceiling Cassette
Aircond ceiling cassette dipasang pada siling dan nampak lebih kemas. Lebih sesuai untuk ruangan yang besar seperti pejabat, restoran dan bilik mesyuarat.
Aircond jenis ini mempunyai pengudaraan udara yang baik kerana udaranya disebarkan merata melalui aliran 4 dimensinya. Namun, pemasangannya sedikit rumit dan memerlukan kawasan siling yang mencukupi.
Ceiling Exposed
Aircond jenis ini juga dipasang di siling tetapi tidak tersembunyi seperti aircond ceiling cassette. Aircond ceiling exposed sesuai untuk bangunan komersial atau kedai-kedai kerana ia mempunyai kapasiti penyejukan yang tinggi.
Harga Aircond Di Malaysia
Harga aircond berbeza mengikut berapa horse power (hp). Semakin tinggi hp, semakin mahal harga aircond.
Harga Aircond 1HP
Untuk aircond 1hp inverter, anda boleh mendapatkannya bermula dari harga RM1,000. Untuk aircond 1hp non-inverter pula, harganya sedikit murah iaitu sekitar RM600 keatas. Harga berbeza mengikut jenama dan teknologi yang digunakan oleh aircond tersebut.
Harga Aircond 1.5HP
Harga aircond 1.5hp inverter adalah sekitar RM1,400. Manakala untuk non-inverter dengan hp yang sama, anda boleh dapatkannya bermula dengan harga RM800.
Harga Aircond 2HP
Untuk aircond 2hp inverter, harga bermula dari RM1,800. Manakala untuk non-inverter pula, harganya sekitar RM1,000.
Harga Aircond 2.5HP
Aircond 2.5hp inverter, harga bermula daripada RM3,000. Untuk non-inverter pula, anda boleh dapatkannya pada harga sekitar RM2,500 keatas.
Baca : Harga Servis Aircond Rumah KL/Selangor [TERKINI]
Harga Aircond Yang Jimat Elektrik di Malaysia
Nak pilih aircond, pilihan utama mestilah yang jimat elektrik, bukan? Di bawah ini kami kongsikan dua jenama aircond beserta harga aircond yang jimat elektrik yang selalu digunakan di Malaysia.
Baca : 5 Jenama Aircond Terbaik Untuk Rumah Yang Jimat 90% Elektrik
Harga Aircond Daikin
Aircond Daikin 1HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
FTKF SERIES (R32) | RM1,870 | |
FTKP SERIES (R32) | RM2,030 | |
FTV-P SERIES (R32) | RM1,480 | |
FTV-A SERIES (R32) | RM1,700 |
Aircond Daikin 1.5HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
FTKF SERIES (R32) | RM2,250 | |
FTKP SERIES (R32) | RM2,460 | |
FTV-P SERIES (R32) | RM1,870 | |
FTV-A SERIES (R32) | RM2,120 |
Aircond Daikin 2HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
FTKF SERIES (R32) | RM3,610 | |
FTKP SERIES (R32) | RM3,770 | |
FTV-P SERIES (R32) | RM2,870 | |
FTV-A SERIES (R32) | RM3,190 |
Aircond Daikin 2.5HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
FTKF SERIES (R32) | RM3,940 | |
FTKP SERIES (R32) | RM4,110 | |
FTV-P SERIES (R32) | RM3,240 | |
FTV-A SERIES (R32) | RM3,590 |
Harga Aircond Panasonic
Aircond Panasonic 1HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
Standard Inverter PU Series | RM2,041 | |
Standard Non-Inverter PN Series | RM1,538 |
Aircond Panasonic 1.5HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
Standard Inverter PU Series | RM2,486 | |
Standard Non-Inverter PN Series | RM1,913 |
Aircond Panasonic 2HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
Standard Inverter PU Series | RM3,567 | |
Standard Non-Inverter PN Series | RM3,039 |
Aircond Panasonic 2.5HP
Model | Inverter | Non-Inverter |
Standard Inverter PU Series | RM3,947 | |
Standard Non-Inverter PN Series | RM3,347 |
Baca : 11 Cara Jimat Aircond Yang Proven Sejak 2013 (Jimat 90%)