Orang Aircond adalah syarikat tempatan yang menguruskan kerja-kerja teknikal berkaitan penghawa dingin (aircond) supaya pemilik penghawa dingin dapat menikmati kesejukan dan kedinginan semula sepantas 60 minit.
MISI KAMI
Menyelesaikan masalah penghawa dingin di kalangan warga Lembah Klang supaya mereka dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik tanpa ditipu “technician aircond tidak bertauliah”.
Kisah Awal
Syafiq Mohd Shah merupakan pengasas Orang Aircond dan telah berkecimpung dalam dunia kejuruteraan penghawa dingin semenjak di bangku sekolah menengah.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan penghawa dingin selama 3 tahun di kolej tempatan.
Pada tahun 2009, beliau membuat keputusan untuk bekerja sebagai “aircond technician” di Singapura selama 2 tahun sebelum pulang ke tanah air dan bekerja selama 10 tahun di Johor & Selangor.
Kini, beliau menguruskan 10 orang tim dalam bidang pengurusan dan operasi servis aircond rumah, repair aircond rumah dan pemasangan aircond rumah.
Budaya Kerja
Orang Aircond percaya yang asas kepada kualiti hidup adalah pengudaraan yang baik dan sempurna.
Orang Aircond menetapkan beberapa disiplin yang akhirnya menjadi budaya kerja yang memberi impak positif kepada pelanggan.
Antaranya adalah dengan memperkenalkan “laporan sebelum & selepas servis.”
Selain itu, Orang Aircond juga menerapkan amalan “memandaikan pengguna” dengan memberi pendedahan menerusi tips & strategi dalam penggunaan penghawa dingin supaya mereka dapat menjimatkan kos elektrik dan mengelakkan kerosakan penghawa dingin di masa hadapan.